kando4kuale
jomjalan@kuale
agro@kuale
Kreatif Hub

#kando4kuale

Serambi Khalid adalah satu pusat pendidikan percuma yang menjadi simbol harapan dan aspirasi Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Serambi Khalid bertujuan memperkasakan warga Kuala Kangsar dalam aspek pendidikan, seni kreatif, keagamaan, dan pembangunan akademik - sejajar dengan prinsip Malaysia Madani. 

Menggunakan konsep 'serambi', pusat ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama, dan untuk semua peringkat umur, bermula 4 tahun sehingga golongan dewasa.

Marilah bersama-sama turut serta dalam usaha membentuk warga Kuala Kangsar yang berilmu, bersatu, dan progresif.

#kando4kuale #BersamaKitaMaju

Visi Serambi Khalid

Membentuk komuniti Kuala Kangsar yang berilmu, seimbang, berakhlak, dan berdaya saing melalui pemindahan ilmu inklusif dan berterusan, sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani. Serambi Khalid berhasrat menjadi pusat rujukan ilmu yang menyokong pendidikan holistik, pembinaan jati diri, dan pembangunan potensi generasi muda, ke arah melahirkan warganegara yang bertanggungjawab serta menyumbang kepada kemajuan negara.

Misi Serambi Khalid

Menyediakan pendidikan percuma dan berkualiti untuk seluruh masyarakatKuala Kangsar melalui pemindahan ilmu berterusan, pembentukan sahsiahdan jati diri, serta pembangunan keterampilan moden. Selaras dengan prinsip Malaysia Madani dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, misi inimenekankan pendidikan holistik dan etika untuk membentuk generasi mudayang berakhlak, berdaya saing, dan mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Objektif Serambi Khalid


Menggalakkan Pembelajaran Inklusif

Menyediakan persekitaran pembelajaran terbuka yang berasaskan konsep “serambi,” di mana ilmu dan pengetahuan dapat dikongsi oleh semua, seperti tradisi perhimpunan komuniti di serambi rumah Melayu.


Membentuk Generasi Berdaya Saing dan Berkemahiran Tinggi

Menyediakan pelbagai modul pendidikan yang berasaskan kemahiran dan teknologi, dengan tumpuan kepada pembangunan ekonomi kreatif yang boleh menjana peluang kerjaya di masa hadapan.


Mengintegrasikan Nilai Malaysia Madani

Mengintegrasikan nilai-nilai seperti kesaksamaan, keberanian, dan kasih sayang dalam setiap aspek pembelajaran di Serambi Khalid untuk melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan prihatin.


Menyokong Aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan

Memastikan setiap pelajar menerima pendidikan yang berkualiti, berfokuskan kepada pembangunan holistik yang mengimbangi kemajuan intelektual, spiritual, emosi, dan fizikal.


Scroll to Top